5 LOKASI DEWAN KAHWIN PALING POPULAR SEPANJANG TAHUN 2018

Blog

5 LOKASI DEWAN KAHWIN PALING POPULAR SEPANJANG TAHUN 2018

Oleh : Mustafa Usman

Nak kahwin kat mana ? Mungkin itulah persoalan yang sedang bermain di minda kebanyakan bakal mempelai pada hari ini. Berdasarkan pemerhatian saya beberapa tahun kebelakangan ini, ramai dikalangan keluarga bakal pengantin lebih memilih lokasi luar seperti dewan bagi melangsungkan majlis perkahwinan. Mungkin kerana trend pada zaman kini pihak keluarga lebih memilih lokasi luar kerana pelbagai faktor antaranya kemudahan yang lengkap, parkir yang luas disamping tidak mahu mengotorkan kawasan rumah.

Ada banyak lokasi kahwin yang sering menjadi pilihan bakal pengantin diluar sana. Selain daripada itu, setiap satu lokasi dewan kahwin ini mengetengahkan idea dan konsep yang pelbagai bagi menarik perhatian bakal mempelai diluar sana. Disini kami ingin kongsikan 5 lokasi dewan kahwin yang sering menjadi pilihan bakal pengantin terutamanya yang berada disekitar lembah klang.

  1. Lanai Tamu Event Hall, Damansara Perdana, Selangor

Terletak di kawasan Damansara Perdana iaitu berhampiran dengan IKEA Mutiara Damansara kawasan yang sering menjadi perhatian hujung minggu warga kota. Lokasi dewan ini yang sangat mudah diakses serta sarat dengan pelbagai kemudahan menjadi pilihan utama bagi bakal pengantin diluar sana. Lanai Tamu mengetengahkan konsep modern Garden yang menjadi trend perkahwinan bagi kebanyakan bakal mempelai kebelangan ini.

Promosi bagi tempoh masa terhad sahaja iaitu rm24.90 p/pax minimum 1000 pax untuk full package termasuk katering, dekorasi dan pelamin. Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui pakej ini dengan lebih lanjut boleh terus berhubung ditalian 010-9881961/012-2700553/019-3333052 untuk sebarang pertanyaan.

  1. Astana Era Mewah, Sungai Buloh, Selangor

Terletak di Pinggiran Sg Buloh iaitu berhampiran dengan pasar malam paya jaras Astana Era Mewah sering menjadi pilihan buat bakal pengantin. Konsep dewan yang kelihatan seperti resort menjadikan dewan ini sesuai bagi melangsungkan perkahwinan berkonsepkan bali, moden garden mahupun minimalis moden.

Kadar sewa bagi Dewan Astaka ini adalah sebanyak RM2500.00 sahaja. Bagi mereka yang berminat ingin mengetahui dengan lanjut mengenai lokasi perkahwinan ini boleh berhubung terus ketalian 012-2347384 untuk sebarang pertanyaan.

  1. Dewan Guthrie/Kosmos, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor

Lokasi dewan terletak bersebelahan dengan lebuhraya Guthrie menjadikan dewan kahwin ini mudah untuk diakses oleh orang ramai. Dewan ini menyediakan pakej chiavari chair untuk semua tetamu menjadikan lokasi ini sesuai bagi mereka yang inginkan perkahwinan dengan konsep garden. Lengkap dengan carpet dan langsir disetiap dinding memperlihatkan nilai exclusive untuk event kahwin anda.

Pakej lengkap tidak termasuk pelamin adalah rm19.390 p/pax minimum 1000 pax dan dewan ini boleh memuatkan sebanyak 30 buah meja dan 300 buah chiavari chair dalam satu masa. Kepada mereka yang inginkan maklumat lanjut mengenai pakej-pakej yang tersedia di dewan ini boleh menghubungi ketalian 010-9881961 untuk sebarang pertanyaan.

  1. Dewan jubli Perak, Seksyen 5, Shah Alam, Selangor

Terletak di pusat bandaraya Shah Alam, menjadikan lokasi ini pilihan utama warga Shah Alam terutamnya. Dewan ini sangat luas sehingga boleh memuatkan lebih dari 50 buah meja dalam satu masa. Selain daripada majlis perkahwinan, dewan ini juga sering menjadi pilihan untuk majlis-majlis korporat mahupun annual dinner.

Kadar sewa bagi lokasi ini  tidak didedahkan secara terperinci. Tetapi kepada bakal pengantin diluar sana boleh menghubungi talian 03 – 5544 7071 untuk sebarang pertanyaan.

  1. De Gouffron, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Jika anda sedang mencari lokasi kahwin dengan konsep garden wedding di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ? Mungkin De Gouffron TTDI adalah lokasi yang sesuai bagi anda. Dibangunkan dibawah marquee tent yang luas dan dalamnya pula dilengkapi dengan peralatan jerusi meja terkini menjadikan dewan ini pilihan ramai. Ditambah pula dengan lokasi dewan yang terletak berhampiran dengan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) serta pusat membeli-belah One Utama menjadikan lokasi ini mudah diakses oleh orang ramai.

De Gouffron TTDI mneyediakan pakej serendah RM35.00 p/pax minimum 1000 pax dan harga pakej boleh berubah bergantung kepada pakej yang anda inginkan. Kepada mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengetahui lokasi dewan ini serta pakej-pakej yang ditawarkan boleh menghubungi 011-11120208 untuk sebarang pertanyaan.

Post a comment

Animated Social Media Icons by Acurax Responsive Web Designing Company
Visit Us On FacebookVisit Us On YoutubeVisit Us On Instagram